Latar Belakang Yayasan Maghfirah

Utama / Informasi / Yayasan Maghfirah

SLOGAN KAMI

WADAH DAKWAH ANDA

Slogan yang digunakan oleh Yayasan Maghfirah (YM) untuk terus mengajak masyarakat bersama berjuang mengislah umat berlatar belakang kepakaran dan bidang yang diceburi. YM sehingga kini telah berkembang melalui empat teras utama iaitu Pendidikan, Kebajikan, Perubatan dan Dakwah.

Ditubuhkan pada

2018

LATAR BELAKANG KAMI

YAYASAN MAGHFIRAH

Yayasan Maghfirah (no. pendaftaran: PPAB-04/2018) telah ditubuhkan pada awal 2018 dengan satu matlamat yang jelas iaitu untuk menjadi Yayasan yang terunggul di dalam usaha islah umat di dalam bidang pendidikan dan kebajikan. Berpusat di Bandar Kajang, Yayasan Maghfirah komited untuk memberi khidmat yang terbaik kepada masyarakat selaras dengan tujuan penubuhannya.

Visi

Menjadi Sebuah Yayasan unggul yang menyumbang kepada kesejahteraan umat Islam di Malaysia di bidang pendidikan, kebajikan, perubatan, dan dakwah.

Misi

  • Menjadi yayasan terkedepan di dalam membantu umat Islam yang tertimpa musibah.
  • Membangun jaringan pendidikan di peringkat rendah, menengah, dan tinggi dengan berpaksikan ajaran islamnahli sunnah wal jamaah.
  • Membentuk sukarelawan di bidang kebajikan dan pendidikan dengan karakter pendakwah (da’i) yang holistik dan seimbang.

Nak tahu lebih lanjut mengenai Yayasan Maghfirah?